senja di masjid simpang empat permatang buloh - syawal 1426H

senja di masjid simpang empat permatang buloh - syawal 1426H

Kemeriahan Syawal sudah mula terasa,
Kini meniti harinya berkunjung tiba,
Merdu lagu aidilfitri mula mengisi tetuang udara,
Disambut siulan anak anak muda menyanyi gembira,
Bersahut sahutan dalam suasana berhari raya

Syahdu pilu mengenangkan yang pergi, datang bersilih ganti,
Walaupun hati telahpun redha menerima ketentuan ilahi,
Buat yang pergi selamanya; hanya sekirim doa buat bekalan akhrawi,
Buat yang pergi sementara; nenda di desa tersenyum ceria,
Gembira tak terkata bertemu anakcucu bersua muka,
Rindu yang berkunjung; kasih pula yang datang menguntum,
Bersyukur; anakcucu tak pernah lupa pada yang tua

Inilah yang dikatakan nikmat kurnia tuhan rab-bi;
Kemakmuran dan kesejahteraan ibu pertiwi,
Ku menadah tangan mohon bersyukur; mengabdi diri,
Semoga Syawal terus menjelma di bumi bertuah ini,
Dengan membawa sejuta harapan dan seribu makna untuk seratus tahun lagi…

Salam Aidilfitri buat semua,
salam taazim