Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Saya dengan besar hati ingin menjemput rakan-rakan sekalian ke majlis perkahwinan saya yang diadakan tidak lama lagi. Butiran majlis tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 18 November 2007 (Ahad)

Masa :  11.00 pagi hingga 4.00 petang

Alamat : Kampung Tanjung Balai, Melekek, 78000 Alor Gajah, Melaka.

Kad undangan serta peta lokasi ada dilampirkan bersama. Semoga dengan kehadiran rakan-rakan semua dapat menyerikan lagi majlis ini dan diberkati Allah S.W.T hendaknya.