Archive for May, 2007

penampar pertama

korang ingat tak bila first sekali budak batch kita kena physical contact dgn anjing kat koleq? kalau tak ingat, read on…

the venue was Block Form 1 during prep malam. aku rasa masa tu baru sebulan dua je kita masuk koleq. kat kelas budak-budak pandai 1D, fect Ruzaimi & fect Zaimi tengah berdebate dengan Ahpek. debate pasal apa aku tak tau. walaupun masa tu kita baru 12-13 tahun, tapi suara n style ahpek cakap sebijik macam sekarang. bising, kecoh dan merapu. cuma berbeza sebab masa tu ahpek still nampak jambu dengan mahkota rambutnya yang penuh & lebat. satu kelas enjoy tengok ahpek kecoh berdebate. fun jugak… or so we thought.

lepas habis prep malam, macam biasa kita semua beratur tepi kelas nak balik. anjing-anjing (no offence fect moqq) semua dah standby kat depan sambil berlagak macho. tetiba anjing paling pendek antara mereka panggil ahpek. dia cakap-cakap sikit, lepas tu… PIANGGG!!! sebijik penampar yang maha laju hinggap kat pipi gebu ahpek. pipi dia yang putih melepak jadi pink. semua yang ada kat situ terkejut gila. horror siot tengok brutality yang unexpected ni. lepas ahpek kena penampar, si anjing pendek tadi pun terus start lecture pasal kurang ajar.

start daripada insiden tu, warga prep school hidup dalam keadaan ketakutan. takut kepada mata-mata yang memerhati dan telinga-telinga yang mendengar dari celah pintu cubicle anjing terutama cube IBJ. slowly, kita semua kena suap dengan rules & regulations yang strict dan hukuman yang sadis serupa askar jerman buat kat orang jew poland. but that was part of what shaped us today, no?

effect dari tamparan pertama tu still ada sampai sekarang. penampar tu cukup kuat, sampai akar rambut ahpek longgar dari soketnya, dan berderailah mahkota satu-persatu…

  • 15 Comments
  • Filed under: Memoirs
  • urban boyz reloaded

    our man Worden has successfully produced a healthy baby boy weighing 3.12 kg and 48 cm tall. Both the mother and excitingly nervous father are recuperating in Damansara Specialist room 203 (perghhh mahal sial tempat ni – Ed).

  • 1 Comment
  • Filed under: Births
  • tuan presiden pun dapat anak

    Rama, presiden batch kita yang telah menusukkan laungan “Unity Is Strength” ke dalam jiwa sanubari ahli 9296 telah mendapat seorang anak lelaki bernama Zharif bin Noor Ramdhan pada pagi tadi (20 Mei).

    Mak, bapak dan anak berada dalam keadaan sihat di Hospital Likas, Sabah.

  • 3 Comments
  • Filed under: Births
  • Cop is now a papajahat

    Mr Copoe dah dapat anak… details from his email:

    Bro’s of 96′,

    I just got back from the hospital..

    Wife delivered a beautiful urban baby girl, Iman Khalisa binti Zulkarnine on 17/5/07 at 1.37pm. Eventhough there were some complications, Alhamdulillah sekarang dua2 dah selamat.

    She told me in her own words that she can’t wait to see her ‘uncles’ of 96′..hehe

    So who’s next eh?

  • 1 Comment
  • Filed under: Births
  • Wedding Invitation – Kamarul

    Sorang lagi nak kawin… from Kamarul via Yahoogroups:

    Assalamualaikum w.b.t.,

    Saya ingin menjemput kawan2 & pasangan ke majlis perkahwinan saya
    (sebelah lelaki) yang akan di langsungkan di Shah Alam pada 9 Jun ini
    (Sabtu).

    Attached are the wedding details and location map.

    Kehadiran semua didahului dgn ribuan terima kasih.

    Sekian, wassalam.

    Warm rgds,
    Kamarul
    9207096

    Please click the thumbnails below to view the kad kawin & location plan.

    Jemputan  Lokasi

  • 1 Comment
  • Filed under: Weddings
  •